Selamat Datang di Dunia Semut

Download Now

Title : Selamat Datang di Dunia Semut

By : -

Si semut menjelaskan: "Saya juga seorang pekerja, dan tugas saya ialah untuk bekerja sebagai penjaga pintu. Seperti yang dapat kamu lihat, kepala saya cukup besar untuk menutup lubang masuk sarang. Saya bangga mempunyai kebolehan ini, dan saya melaksanakan tugas saya dengan bangga. Saya tidak pernah bosan; sebaliknya, saya gembira kerana saya melindungi sahabat-sahabat saya daripada ancaman".


"Kami adalah sebuah keluarga yang besar. Tidak ada perasaan cemburu, persaingan atau angan-angan di kalangan kami. Kami selalu tolong-menolong di antara satu sama lain dan kami melakukan yang terbaik untuk gerombolan kami. Segala-galanya di dalam gerombolan ini adalah berdasarkan kepada pengorbanan. Setiap semut memikirkan kepentingan sahabat-sahabatnya terlebih dahulu, dan kemudian barulah dirinya. Biar saya berikan kamu satu contoh. Apabila berlaku kekurangan makanan di dalam gerombolan, semut-semut pekerja dengan segera berubah menjadi semut "pemberi makan", dan mula memberi makan kepada yang lain dengan makanan di dalam perut simpanan mereka. Apabila telah cukup makanan di dalam gerombolan, mereka sekali lagi bertukar menjadi semut-semut pekerja.

Saya pernah mendengar manusia menyatakan bahawa terdapat persaingan di dalam alam semula jadi. Jangan sekali-sekali percaya apa yang mereka katakan. Kami lebih tahu bahawa kami perlu bekerjasama untuk berjaya.
" [fullfree]